ADA APA DENGAN CINTA

November 24th, 2008 by maslinah

muslimah_85 menulis “Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

November 4th, 2008 by maslinah

Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kitaakan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

WALLAHUA`LAM

Sekiranya kita di takdirkan bersama..

January 13th, 2008 by maslinah

Seorang yang bernama lelaki

Andainya satu hari nanti

Kita ditakdirkan bersama

Melayari bahtera kehidupan

Usah kau mimpi selaut sutera kehidupan

Usah kau igau kasih sayang menggunung tinggi

Juga usah kau harapkan

Kesempurnaan yang mutlak dari diriku..

Akuilah hakikat yang tersurat

Aku bukan SITI KHADIJAH

Mahupun permata SITI FATIMAH

Aku bukannya SITI AISYAH

Mahupun UMMUL MUKMININ yang lain

Bukan juga RABIATUL ADAWIYAH

Wanita suci terpuji

Juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM..

MARSHITA…ataupun UMAIYAH..

Kau yang bernama lelaki

Mengertilah dengan waras keislaman

Aku hanya wanita akhir zaman

Cuba

mempertahankan maruah

Serta kesucian diri

Sebagai MUSLIMAH

Berlandaskan garisannya…

Kau yang bernama lelaki

Demi keranaNya semata-mata

Tak ku tagih apa-apa darimu

Bukan ku pinta harta yang menggunung tinggi

Cuma ku pohon sebuah pengertian

Kasih sayang suci

Bahawa AKU adalah amanah untuk diri Mu..

Sekiranya kita di takdirkan bersama..AMIN:)

Ukhtil Al-Muslimah

January 13th, 2008 by maslinah

Ukhtil Al-Muslimah.. Musuh-musuh islam tidak henti-hentinya berusaha untuk menjahukan wanita muslimah dari agama islam yang Haq dan lurus ini. Di setiap tempat dan kesempatan mereka selalu melontarkan tuduhan-tuduhan keji yang ditujukan kepada wanita-wanita mukminah yang suci. Mereka mengatakan bahawa “ Islam adalah penjara bagi wanita,”Kerana wanita dalam islam wajib di rumah. Tidak diizinkan keluar kecuali ada suatu hajat atau keperluan.” Menetapkan wanita di rumah,Melemahkan ekonomi sebuah Negara”. “ Poligami adalah perbuatan haiwan”. “ Perceraian adalah suatu kezaliman. Ukhtil Al-Muslimah,ingatlah ayat Al-Quran ini “ Jangan kau ikuti langkah-langkah syaitan,”Ayat (Qs.24 : 21). Jangan kamu dengar kata-kata mereka sebab mereka adalah penghancur yang berdiri di tepi neraka jahanam dan mengajak serta menyeret ke dalam api nereka jahanam. “ Mereka tidak mengatakan sesuatu kecuali dusta”(Qs 18:15).Tahukah anda apa yang mereka kehendaki? Mereka hanya menghendaki satu perkara. Menghancurkan agama islam dan merosak generasi islam dengan menyebabkan kekejian di tengah masyarakat beriman. Mereka menghendaki agar wanita-wanita muslimah yang suci keluar dari rumahnya dan dari bentengnya. Mereka menghendaki agar kamu menjadi barang dagangan yang murah, sebagai pemuas syahwat.Mereka menipumu agar kamu keluar dari syurga sebagaimana Iblis Laknatullahi’Alaih mengeluarkan bapa kita Adam’Alaihis sallam darinya. Iblis Laknatullahi’Alaih mengeluarkan Adam dan Hawa’Alaihimas Sallam dari syurga dalam keadaan telanjang,tanpa pakaian yang menutupi aurat mereka.Para penyebar kejahatan juga meniru gaya dan cara yang sama. Jangan kamu hiraukan mereka wahai ukhtil Al-Muslimah!Penuhilah panggilan Allah dan Rasul pasti di situ ada kebahagiaan sejati.Allah Subhanahu wata’ala hanya menghendaki darimu kesucian ,Kemuliaan dan keluhuran.Firman Allah Subhanahu Wata’ala “ Akan tetapi Allah hendak mensucikanmu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu”(Qs. 5 : 6). “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang taubat dan mencintai orang-orang yang suci.(Qs. 2 : 222) Ukhtil Al-Muslimah… Semoga Allah selalu menunjuki kita ke jalan yang lurus.AMIN…

Puisi buat seorang sahabat

December 27th, 2007 by maslinah
Sahabatku…
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hati menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan  persahabatan ini.Walau ombak datang membadai,walau apa jua rintangan yang menghunjam ku kentalkan pendirianku,kekejapkan iman di kalbuku..kuteruskan langkah perjuanganku.

Sahabatku,
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setalah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Sahabatku,
Sebagai mana baik budimu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabat yang sentiasa periang dan ceria.Selama aku mengenalimu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.

Sahabatku,
Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher.Terima kasih aku ucapkan atas segala pengorbanan yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering menganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu namun bukan itu niatku.Sahabatku,aku masih ingat akan kata-kata mu agar kekalkan sifat kemanjaanku,sifat manja yang semulajadi ada pada diriku membuatkan dirimu sentiasa tersenyum meskipun waktu itu engkau tengah bersedih.Sifat itulah yang menghiburkan hatimu..akan ku kekalkan sifat yang telah Allah anugerahkan kepada diriku ini.Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,meskipun jarak memisahkan namun tiada mentang kasih,biarlah waktu yang menentukan nilai ukwah yang terjalin.Sama-samalah kita teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah yang terakhir.Dan aku masih disini,terus mendaki puncak tertinggi hidup ku,dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali..

Sahabatku,
Ingatlah bahawa  dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemodenan ini kau dan aku boleh digelarkan sebagai sahabat yang paling akrab.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.Smile

- Biarlah jauh dari pandangan,tapi jangan biarkan hilang dari ingatan.hargailah satu ikatan PERSAHABATAN kerana di situ terciptanya satu KERINDUAN.Friendship 4 Ever..Ingat daku dalam doa Mu.

Lima Cara Pilih Sahabat

December 27th, 2007 by maslinah
aHLan wAsAhLaN ^-^
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabatWink

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang muliaShades

Untukmu Remaja..Renungkanlah.

October 25th, 2007 by maslinah

Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.

Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.

Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!

Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk SEGERA berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, "Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton.. atau bahasa remajanya ‘bergayut’, tiada

surat

cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Peribadi Soleh Dan Solehah

October 24th, 2007 by maslinah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Em… Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua… maksiat dan kerosakan sangat berleluasa.. . wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang pembeza yang ketara lagi.

Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja. Religion? Em, entah… macam mereka dah tak peduli je… ada time ke nak think about religion ni?

Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya…

Ku tinjau-tinjau,

Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada… ramai sangat… di pawagam? Yup, ramai juga… em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje… Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)… em, di masjid? …sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang…

Ya Allah,

Sukarnya mencari wanita yang solehah…

Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh…

Aii… iyeke?

Kesiannya anda sekalian… yang lelaki susah nak cari yang solehah…

Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!

Hehe… teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri…

Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?

Takkan pupus kot?

Takdelah… mana boleh pupus pulak…

Takkan pupus punya,

Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak

kan

timbul lagi perkara ni… so, senanglah si solehah nak cari anda… so, persoalannya andalah yang kena mulakan… kena ada mahu… letakkan iltizam…

Then, muslimat… macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer…
Ingat… anda kena mula juga…

Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh… tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena

kan

?

So, sebagai conclusion.. .

Anda-anda semualah yang kena mulakan…

So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. .. bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah… then, insyaAllah, tenang jiwa anda… damai…

Bersama redha Ilahi pastinya…

Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda…

Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer… maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession.. . dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah. .. insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia…

Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita… sahabat yang bergelar lelaki… jangan buang masa… marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer?

Ada

ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita?

Takkan sikit pun tak ada?

Sedihnya kalau tak ada… rugilah anda nanti…

Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat…

Em… sebagai basic… mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam… iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup

lima

waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami…

Di samping lakukan solat sempurna… tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat…

Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah. . Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh… Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..

Em, seterusnya.. . perlu difahami, bahawa… semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas…

Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu…

Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti… Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti…

Jadi… untuk menjadi insan soleh-solehah. .. anda perlukan ilmu…

Banyakkanlah membaca… di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan… supaya tak tersalah ilmu pulak karang!
Em… susah ke?

Senang je ni… basic semua ni…

InsyaALLAH.. . anda mampu lakukan… ingat! Anda perlu mulakan… jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar

sana

. Sesak nafas

kan

kita tengok!!!

Bukan kesan baik yang terhasil… bukan sahaja manusia yang susah…
Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya…

Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi…

Ayuh… tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami… bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah. ..

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujuraat: 13)

Mutiara Kata

October 24th, 2007 by maslinah

Mutirar Kata

  • Apabila seseorang itu redha dgn kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya. Riwayat Bukhari-

  • Menuntut ilmu adlah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang zikir,mencari ilmu adalah jihad-Al-ghazali.

  • Cinta sejati ialah cinta yg tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan-Yahya bin Muaz-

  • Barangsiapa yg banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya.Riwayat Abu Naim-

  • Manusia tidak akn dpt mengalahkan syaitan kecuali dgn diam.Jalan yg terbaik ialah diam bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambing hati yg baik dan bersih yg bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia-Abdullah bin Amir R.A-

  • Yg dekat itu MATI, yg jauh itu MASA, yg besar itu NAFSU, yg berat itu AMANAH, yg ringan itu SOLAT, yg tajam itu LIDAH.-Al-Ghazali-

  • Aku cintakan org yg bersifat pemurah, tetapi aku lebih cinta lagi org miskin yg pemurah. Aku cintakan org yg rendah diri/hati tetapi aku lebih cinta org yg kaya yg rendah hati. Aku cintakan org yg bertaubat tetapi aku lbih cinta lagi org muda yg bertaubat.

Perkenankanlah…

October 24th, 2007 by maslinah

    Ya Allah… Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan   bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

     Ya Allah… Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku. Ya Allah… Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

   Ya Allah… Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Ya Allah… Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

   Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu. Ya Allah… Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.

   Ya Allah perkenankanlah permohonanku. Ya Allah… Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaianku dan dirinya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

   Ya Allah… Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu. Ya Allah… Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

    Ya Allah… Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Ampunilah segala ketelanjuran dan perbuatan kami yg menimbulkan kemurkaanMu secara sedar ataupun tidak…

Amiinnn….